Sunday, August 10, 2008

2 CALON BARU, KEDUA-DUA PENING

sekarang ini ada 2 orang calon yang paling pening dalam Putrajaya. Nak bertanding kedua-dua jawatan penting. Konon-konon kerana desakan dari akar umbi. Yang peliknya akar umbi suruh bertanding 1 jawatan aje, yang korang berdua bersungguh-sungguh cari pencalonan untuk 2 jawatan apa pasal? Ini tidak lain tidak bukan sebab TAK ADA PENDIRIAN. Kalau benda paling senang pun susah nak buat pendirian, macam mana nak memacu Putrajaya, macam mana nak bawa perubahan untuk Putrajaya. Inikah pemimpin yang kita hendak bawa? Jangan la nak memperbodohkan pemuda konon-konon pencalonan tu sebagai insuran. Si Sharel Azlee dikatakan calon insuran buat si Tun dan dikatakan disokong oleh Dato' Khairun. Betul tak betul, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Dengarnya, perancang untuk si Tun adalah si Anuar, KP Cawangan Orkid yang baru setahun jagung masuk Putrajaya dan dibantu dengan kertas kerja oleh si Mohd Noh yang "cerdik", Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan Teratai(kalau dah lepas semua jawatan di peringkat Pem Caw dan Pem Bahagian, jangan la masuk campur lagi dalam urusan Pem. Ini sibuk main catur. Apa hal? Inilah dinamakan orang gila talak.). Si Sharel ini pun dikatakan berminat nak bertanding KP Putrajaya. Naib pun dia minat. Jangan macam tu bang, nanti kau kena mandi dengan budak-budak Putrajaya.

Aku nak tanya sikit pada calon-calon yang nak bertanding. Apakah agenda kauorang yang nak bertanding? Tolong ungkai satu persatu. Biar yang realistik dan boleh diguna untuk Pemuda Putrajaya. Apakah kauorang sudah benar-benar BERJAYA menyumbang ke arah pembangunan modal insan baik dari segi jati diri dan keagamaan dan pembangunan ekonomi di peringkat Pemuda Cawangan masing-masing?Hanya Pemuda Kiambang dan Pemuda Meranti dapat menjawab. Semasa kempen pilihanraya, Pasukan Gerak Gempur Bahagian ditugaskan disurau-surau untuk memantau, tapi budak-budak tu tak sembahyang jemaah sekali tapi asyik bersembang di luar. Siapa yang uruskan mereka-mereka yang tidak berdosa ini? Kariah surau semua tengok gelagat mereka. Siapa nak jawab?

FIKIR-FIKIR LAH, RENUNG-RENUNGKAN LAH, TEROPONG-TEROPONG LAH.

Thursday, August 7, 2008

CALON BARU KP PUTRAJAYA

Apa sudah berlaku? Nama Sharel Azlee telah dicalonkan sebagai calon KP Putrajaya. Apakah ini percaturan Khairun? Kerana sebelum ini tersebut bahawa Khairun mahu membantu orang lain mencabar Zaki. Tapi yang pelik, Khairun telah bersetuju untuk menyokong Zaki. Kalau bukan dia, percaturan siapakah ini?

Sunday, July 27, 2008

NKP JUGA 3 PENJURU

Penyakit pertandingan 3 penjuru juga telah berjangkit kepada jawatan NKP.......Yop, Tun (dua-dua jawatan nak cuba KP & NKP-hebat politik pegawai khas Dato' Hishammuddin) dan Shahrel (calon dari kem Khairun). Bagus la tu...........Yang bertanding pun hebat-hebat juga.......Tapi pastikan boleh jadi NKP yang berkesan.........Jgn jadi macam "mantan NKP" sekarang. Satu sen pun tak guna.........Lepas tu ada hati nak bertanding KP..........Tapi tak apa, itu hak dia. Kita demokrasi. Pilihlah yang terbaik....

PERTARUNGAN 3 PENJURU

SAH MEMANG SAH..........Pertandingan 3 penjuru bagi merebut jawatan KP Putrajaya. Adnan akan bertanding dan telah mendapat pencalonan, Tun pegawai khas Dato' Hishammuddin juga akan bertanding dan telah mendapat pencalonan akan melawan penyandang Datuk Zaki pegawai khas Pak Lah......Apa sudah jadi? Tun dikatakan akan bertanding NKP tetapi mengapa disaat akhir beliau menukar kereta. Ye mungkin beliau rasa sudah boleh tukar kereta.......Sekarang bawa Camry 2.4 tapi rasa-rasanya duit gaji dah mampu nak pakai Ferrari........Itu yang terus beli Ferrari..........Tapi ingat jangan tiba-tiba terpaksa jual balik.........

Seronok tengok calon-calon bertanding........ramai la yang masyukkkkkkkk...........

Friday, July 25, 2008

SELAMAT BERSIDANG!!!

Rakan-rakan seperjuangan dan semua ahli pemuda, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersidang. Jalankan tanggungjawab dengan berhemah. Pastikan maruah dan harga diri di jaga. Pilihlah pemimpin yang boleh memimpin dan dipimpin. Salam buat semua...

Thursday, July 24, 2008

DEKLARASI SERDANG

ADNAN telah buat pengumuman nak bertanding KP Putrajaya di Serdang. Mengapa beliau berubah fikiran tidak mahu mempertahankan jawatan NKP? Adakah beliau merasakan beliau telah melakukan yang terbaik ketika memegang jawatan NKP dan sekarang sudah tiba masanya mengorak langkah untuk bertanding KP kerana dirasakan beliau lebih baik dari KP sekarang?Apakah muslihat beliau bersama Haji Nasar dan Haji Kamal bertandang ke Bukit Bintang? Mengapa setelah kembali dari sana, Haji Nan membuat keputusan bertanding KP? Benarkah banyak jasa dan sumbangan yang telah Haji Nan berikan ketika menjadi NKP? Benarkah Haji Nan tidak diberi peluang oleh KP sekarang bagi membuktikan keberkesanan beliau memimpin? Beliau dikatakan tidak diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Ekonomi.Adakah ini benar?

Semua persoalan diatas perlu dijawab oleh semua rakan dan pemuda putrajaya.......Lu Fikirlah!

Wednesday, July 23, 2008

KHAIRUN BUAT KEMUNCULAN SULUNG?

Kawan-kawan saya memaklumkan yang Saudara Khairun telah membuat kemunculan sulung di Putrajaya semenjak dari taklimat pilihanraya. Beliau dikatakan kelihatan amat gembira berjumpa dengan Saudara Zaki...........Adakah ini petanda awal bahawa Saudara Khairun telah melupakan semua sengketa yang ada dan akan menyokong Saudara Zaki untuk bertanding KP Putrajaya? Kalau benarlah ini berlaku, ini adalah satu KEZUTAN dalam Putrajaya. Saya menyokong penuh sekiranya ini berlaku. Eloklah kita berbaik-baik demi PERPADUAN Pemuda Putrajaya. Ayuh kita rapatkan barisan dan kita kuatkan jentera Pemuda Putrajaya kerana kita adalah benteng yang paling hadapan sekali bagi UMNO Malaysia. Demi Pemuda demi perpaduan...........Saya menyeru agar calon-calon lain juga menarik diri dan memberi laluan kepada Saudara Zaki untuk memimpin Pemuda Putrajaya bagi penggal 2008/2012. Kita bersama-sama bantulah dan bekerjasamalah dalam meningkatkan martabat Pemuda Putrajaya. Apa guna kita bersengketa, kelak Pemuda Putrajaya yang menjadi mangsa......Hidup Datuk Zaki! Hidup Dato' Khairun! (Korang berdua jgn la pulak main wayang, nanti aku yang perang dgn korang)