Sunday, August 10, 2008

2 CALON BARU, KEDUA-DUA PENING

sekarang ini ada 2 orang calon yang paling pening dalam Putrajaya. Nak bertanding kedua-dua jawatan penting. Konon-konon kerana desakan dari akar umbi. Yang peliknya akar umbi suruh bertanding 1 jawatan aje, yang korang berdua bersungguh-sungguh cari pencalonan untuk 2 jawatan apa pasal? Ini tidak lain tidak bukan sebab TAK ADA PENDIRIAN. Kalau benda paling senang pun susah nak buat pendirian, macam mana nak memacu Putrajaya, macam mana nak bawa perubahan untuk Putrajaya. Inikah pemimpin yang kita hendak bawa? Jangan la nak memperbodohkan pemuda konon-konon pencalonan tu sebagai insuran. Si Sharel Azlee dikatakan calon insuran buat si Tun dan dikatakan disokong oleh Dato' Khairun. Betul tak betul, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Dengarnya, perancang untuk si Tun adalah si Anuar, KP Cawangan Orkid yang baru setahun jagung masuk Putrajaya dan dibantu dengan kertas kerja oleh si Mohd Noh yang "cerdik", Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan Teratai(kalau dah lepas semua jawatan di peringkat Pem Caw dan Pem Bahagian, jangan la masuk campur lagi dalam urusan Pem. Ini sibuk main catur. Apa hal? Inilah dinamakan orang gila talak.). Si Sharel ini pun dikatakan berminat nak bertanding KP Putrajaya. Naib pun dia minat. Jangan macam tu bang, nanti kau kena mandi dengan budak-budak Putrajaya.

Aku nak tanya sikit pada calon-calon yang nak bertanding. Apakah agenda kauorang yang nak bertanding? Tolong ungkai satu persatu. Biar yang realistik dan boleh diguna untuk Pemuda Putrajaya. Apakah kauorang sudah benar-benar BERJAYA menyumbang ke arah pembangunan modal insan baik dari segi jati diri dan keagamaan dan pembangunan ekonomi di peringkat Pemuda Cawangan masing-masing?Hanya Pemuda Kiambang dan Pemuda Meranti dapat menjawab. Semasa kempen pilihanraya, Pasukan Gerak Gempur Bahagian ditugaskan disurau-surau untuk memantau, tapi budak-budak tu tak sembahyang jemaah sekali tapi asyik bersembang di luar. Siapa yang uruskan mereka-mereka yang tidak berdosa ini? Kariah surau semua tengok gelagat mereka. Siapa nak jawab?

FIKIR-FIKIR LAH, RENUNG-RENUNGKAN LAH, TEROPONG-TEROPONG LAH.

Thursday, August 7, 2008

CALON BARU KP PUTRAJAYA

Apa sudah berlaku? Nama Sharel Azlee telah dicalonkan sebagai calon KP Putrajaya. Apakah ini percaturan Khairun? Kerana sebelum ini tersebut bahawa Khairun mahu membantu orang lain mencabar Zaki. Tapi yang pelik, Khairun telah bersetuju untuk menyokong Zaki. Kalau bukan dia, percaturan siapakah ini?