Sunday, July 27, 2008

NKP JUGA 3 PENJURU

Penyakit pertandingan 3 penjuru juga telah berjangkit kepada jawatan NKP.......Yop, Tun (dua-dua jawatan nak cuba KP & NKP-hebat politik pegawai khas Dato' Hishammuddin) dan Shahrel (calon dari kem Khairun). Bagus la tu...........Yang bertanding pun hebat-hebat juga.......Tapi pastikan boleh jadi NKP yang berkesan.........Jgn jadi macam "mantan NKP" sekarang. Satu sen pun tak guna.........Lepas tu ada hati nak bertanding KP..........Tapi tak apa, itu hak dia. Kita demokrasi. Pilihlah yang terbaik....

PERTARUNGAN 3 PENJURU

SAH MEMANG SAH..........Pertandingan 3 penjuru bagi merebut jawatan KP Putrajaya. Adnan akan bertanding dan telah mendapat pencalonan, Tun pegawai khas Dato' Hishammuddin juga akan bertanding dan telah mendapat pencalonan akan melawan penyandang Datuk Zaki pegawai khas Pak Lah......Apa sudah jadi? Tun dikatakan akan bertanding NKP tetapi mengapa disaat akhir beliau menukar kereta. Ye mungkin beliau rasa sudah boleh tukar kereta.......Sekarang bawa Camry 2.4 tapi rasa-rasanya duit gaji dah mampu nak pakai Ferrari........Itu yang terus beli Ferrari..........Tapi ingat jangan tiba-tiba terpaksa jual balik.........

Seronok tengok calon-calon bertanding........ramai la yang masyukkkkkkkk...........

Friday, July 25, 2008

SELAMAT BERSIDANG!!!

Rakan-rakan seperjuangan dan semua ahli pemuda, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersidang. Jalankan tanggungjawab dengan berhemah. Pastikan maruah dan harga diri di jaga. Pilihlah pemimpin yang boleh memimpin dan dipimpin. Salam buat semua...

Thursday, July 24, 2008

DEKLARASI SERDANG

ADNAN telah buat pengumuman nak bertanding KP Putrajaya di Serdang. Mengapa beliau berubah fikiran tidak mahu mempertahankan jawatan NKP? Adakah beliau merasakan beliau telah melakukan yang terbaik ketika memegang jawatan NKP dan sekarang sudah tiba masanya mengorak langkah untuk bertanding KP kerana dirasakan beliau lebih baik dari KP sekarang?Apakah muslihat beliau bersama Haji Nasar dan Haji Kamal bertandang ke Bukit Bintang? Mengapa setelah kembali dari sana, Haji Nan membuat keputusan bertanding KP? Benarkah banyak jasa dan sumbangan yang telah Haji Nan berikan ketika menjadi NKP? Benarkah Haji Nan tidak diberi peluang oleh KP sekarang bagi membuktikan keberkesanan beliau memimpin? Beliau dikatakan tidak diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Ekonomi.Adakah ini benar?

Semua persoalan diatas perlu dijawab oleh semua rakan dan pemuda putrajaya.......Lu Fikirlah!

Wednesday, July 23, 2008

KHAIRUN BUAT KEMUNCULAN SULUNG?

Kawan-kawan saya memaklumkan yang Saudara Khairun telah membuat kemunculan sulung di Putrajaya semenjak dari taklimat pilihanraya. Beliau dikatakan kelihatan amat gembira berjumpa dengan Saudara Zaki...........Adakah ini petanda awal bahawa Saudara Khairun telah melupakan semua sengketa yang ada dan akan menyokong Saudara Zaki untuk bertanding KP Putrajaya? Kalau benarlah ini berlaku, ini adalah satu KEZUTAN dalam Putrajaya. Saya menyokong penuh sekiranya ini berlaku. Eloklah kita berbaik-baik demi PERPADUAN Pemuda Putrajaya. Ayuh kita rapatkan barisan dan kita kuatkan jentera Pemuda Putrajaya kerana kita adalah benteng yang paling hadapan sekali bagi UMNO Malaysia. Demi Pemuda demi perpaduan...........Saya menyeru agar calon-calon lain juga menarik diri dan memberi laluan kepada Saudara Zaki untuk memimpin Pemuda Putrajaya bagi penggal 2008/2012. Kita bersama-sama bantulah dan bekerjasamalah dalam meningkatkan martabat Pemuda Putrajaya. Apa guna kita bersengketa, kelak Pemuda Putrajaya yang menjadi mangsa......Hidup Datuk Zaki! Hidup Dato' Khairun! (Korang berdua jgn la pulak main wayang, nanti aku yang perang dgn korang)

Monday, July 21, 2008

MASA UNTUK BUAT PILIHAN BIJAK

Saya ingin menasihatkan kawan-kawan termasuk diri saya sendiri, dalam kerakusan dan kegelojohan kita mengempen calon-calon kita baik KP, NKP, AJK, G2 pilih lah yang benar-benar layak dan berwawasan. Yang telah banyak menabur bakti dan tenaga dalam membantu Pemuda Putrajaya, wajar dihargai. Selama 4 tahun ini, kita boleh nilai sejauh mana sumbangan AJK dan KP Caw yang sedia ada.........Apakah mereka lebih banyak membuat sumbang mahram dari sumbangan berfaedah........Kita sudah muak dengan AJK yang hanya pandai berkata-kata, tapi semuanya "hanya dusta"..........Ramai yang berkaki lebar harus dikekalkan seperti Nazarul Hisham, Hamizu, Shahrel Azlee, Nasru, Aziz Sukan, Tun Faisal. Tidak lupa juga mereka yang lain yang berkaliber seperti Baha, Shah, Anuar, Zaidi Karli, Razali, Alwi,Ust Haromain, Md Nor, Amir,Zack, Azman, Ust Nasar, Nasir,Mizi, Faizal,Bob Hospital yang boleh di beri peluang.........Tapi pastikan mereka juga rela.........Seperti Md Noh, dia awal-awal dah umumkan TIDAK akan bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pemuda Bahagian mahupun cawangan. Jadi jangan kita pulak calonkan dia lagi.........Rugi pencalonan kita. Buat Pilihan Bijak!Agar jangan kesal dikemudian hari.........Jangan kita di persoalkan di akhirat kelak dek kerana memilih pemimpin yang tidak amanah dan tidak betul.

Mr J JADI HANTU RAYA

Ada seorang pemuda Putrajaya bernama Mr J. Minta berhati-hati dengan dia kerana dia di katakan menjadi Hantu Raya. Kuat merayap ke semua kem. Baik kem Zaki, kem Khairun, kem Tun....Bukan apa takut dia jadi pembekal maklumat. Maklumlah dia punya syarikat dah register secara sah lesen pembekal dengan Kementerian Kewangan. Jaga-jaga maklumat anda........Dia ni ala-ala KGB dan Mosaad......Bahaya!

SAH UST NASAR BERTANDING

Nampaknya makin meriah pertandingan KP Putrajaya. Bak kata si Md Noh, "patah tumbuh hilang berganti", setelah calon org muda, si khairun menarik diri dari bertanding, tiba-tiba muncul pula "superboy N9", Ust Nasar (kau dari suku mano?den lupo la) menawarkan diri untuk menabur janji, bakti dan tenaga bagi mengangkat martabat pemuda Putrajaya agar terkenal sehingga ke Kuala Pilah.Ust Nasar nie mcm Ust Akhil Hayy, setelah banyak sangat terlibat dalam "dunia gelap" kini sudah berubah setelah mendapat "taupek" dan hidayat ketika mengerjakan umrah. Beliau dikatakan sudah berubah. Bercakap pun lembut tapi keras..........Lebih serius.........Jadi adakah perubahan ini akan berlaku terus atau hanya sandiwara politik.........Tapi saya tidak akan bersangka buruk.......Yang baik dari Allah yang buruk dari saya..........Buatlah Pilihan Bijak........Jgn terkono pulak........

CALON TUNJUK

Nampaknya memang benar bagai di war-warkan, Khairun tidak akan bertanding KP Putrajaya. Adakah beliau akan memberi laluan mudah buat Zaki?..........Jawapannya tentu TIDAK. Askar-askar beliau sedang mencari "Calon Tunjuk" yang boleh dijadikan pahlawan untuk bertarung dengan Hang Zaki.....Mereka sedang membuat latih tubi untuk calon-calon yang akan diminta menentang Hang Zaki...........Diantara yang disebut2 ialah Hang Shahrel dan Hang Rizal........Tapi Hang Adnan dan Hang Nasar juga berminat bertarung dengan Hang Zaki..........Semua Hang tu kalau cukup pencalonan bertandinglah..........Tapi bertanding biarlah disebabkan atas niat sendiri bukan untuk mewakili dan ditaja oleh seseorang.......Agar kelak tidak jadi Lembu Ditarik Hidung...........Kita mesti ada harga diri.........Hang-hang selamat berjuang.

Wednesday, July 16, 2008

CALON GELOJOH, "AMBITIOUS" PEROSAK UMNO

Tajuk diatas diambil dari blog mypemuda.......amat menarik sekali tajuk itu.....Ianya boleh digunapakai dalam konteks Putrajaya.........Tapi bukan untuk calon-calon yang gelojoh.......mereka sentiasa berhati-hati dalam membuat pengumuman seperti Tun sampai sekarang belum putuskan nak bertanding apa.............Mohd Noh..........mula-mula agresif nak bertanding naib siap nak pair dengan Tun...........berkempen sana sini.........Tapi bila Tun masih tak putuskan, maka layu lah semangat beliau........Bak lagu XPDC........"Semangat yang hilang".........Dalam konteks Putrajaya, yang gelojoh adalah penyokong........"Yes Boss. Boleh lawan nie, you sokongan kuat.........ada chance nak menang."Itulah kata-kata keramat yang digunakan bagi merangsangkan calon-calon yang dibawa oleh mereka.....Kawan-kawanku........Kenapa harus kita sibuk berlawan, hanya kerana nak memuaskan nafsu serakah kita.........UMNO tengah bergolak, kita kat Putrajaya pun nak bergolak?Zaki sudah buat yang terbaik untuk Putrajaya.....Salah silap tu adat la.......Bukan semua orang tak buat silap.......kalau beliau bersalah kita tegurlah dia.......dia pemimpin kita............kalau kita tak tegur siapa lagi.....Apa yang pemuda Putrajaya mintak dapat?Sila senaraikan dan kita kemukakan kepada Zaki.........Dia pun tak tahu kalau tidak dimaklumkan........Jadi saranan saya kita kekalkan beliau untuk sepenggal lagi demi perpaduan Pemuda Putrajaya.Marilah kita sama-sama melihat kembali segala kebaikan yang telah beliau lakukan walau sekecil semut......Dan sekiranya beliau diberi peluang untuk kekal sebagai KP dan dia buat tak betul dalam penggal yang akan datang, aku orang pertama yang akan menghemtam dia.

CALON KP & NKP PUTRAJAYA

Pening-pening.........Mcm tuan yang empunya blog mypemuda.........Dia dah buat satu segmen untuk mengundi "pair" KP dan NKP Putrajaya 2008/2012. Aku ingat dah 3 kali bertukar calon-calon pair. Belum sempat pengundian ditutup dah ditukar........Apa barang kau buat nie.....Tak tetap pendirian......Itu sebab takut nak bertanding NKP.........Bila tengok result poll menyebelahi (mula-mula) Zaki & Tun.........Dia tukar pulak.......lepas tu bila tengok result menyebelahi Zaki & Yop........Tukar lagi.........bila nak habis da?......tak faham aku........Tapi bak kata orang pedulu apa, itu aku punya blog, ikut aku la........betul tu md noh.........aku cuma lahirkan rasa "Kesal" kerana kau nie asyik buat kerja tak habis, tak selari dengan status kau sebagai antara AJK Pem Bhgn yang "terbaik".

Monday, July 14, 2008

MD NOH OH MD NOH

Berita dari Taman Warisan, lebih kurang begini bunyinya "Saya tidak akan bertanding diperingkat Pem Bahagian dan peringkat Pem Caw.Tapi saya menawarkan diri untuk bertanding G2. Saya kecewa dengan kepimpinan Pak Lah"..........Lebih kurang la tu.......Apa-apa saya mohon maaf andaikata ada maklumat yang tersalah......Cuma yang ingin dipertikai sekarang....."Bagaimana boleh jadik gitu dong?Kok kau sudah mengundur diri sebelum berperang". Dalam blog mypemuda bukan main berapi-rapi. Mcm naga dalam cerita "War of Dragons"........rupa-rupanya sudah tinggal asap......ke Md Noh tunggu reaksi kawan2? Ada ke yang menangisi keputusan beliau?

DEKLARASI TAMAN WARISAN

14 JULAI 2008, Jam 9.30 malam. Berita diterima dari Taman Warisan Putrajaya, Sdr Adnan telah mengumumkan kesediaan beliau untuk mempertahankan jawatan NKP. Setelah sekian lama menyembunyikan diri semenjak dari pertandingan bowling di Alamanda, Adnan membuat kemunculan sulung dengan diiringi kumpulan N9. Diantara penyokong kuat (suku2 N9) yang hadir memberi semangat dan dorong ialah Sdr Zainol, Sdr Nasar dan Sdr Bob Hospital. Adakah selepas ini akan ada banyak kemunculan lagi kerana Sdr Adnan memang dikenali dikalangan pemuda amat "pemurah" dalam berbelanja minum teh dengan mereka. Adakah masih ada harapan buat beliau mempertahan jawatan? Kajian terperinci harus dibuat bagi memberi rasional terbaik untuk mengekalkan beliau sebagai NKP. Syabas Sdr Adnan kerana telah membuat pengumuman.

KHAIRUN MENINGGALKAN GELANGGANG?

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup di Putrajaya yang sedang bergelora membawa khabar berita bahawa Sdr Khairun tidak akan bertanding KP Putrajaya. Adakah maklumat ini sahih? Hanya askar-askarnya yang tahu. Tetapi mengapa tiba-tiba ingin menarik diri? Bukankah sudah 15 cawangan dalam genggaman. Sdr Khairun tolonglah fikirkan semula.......Setelah impian dan harapan diberi kepada 15 cawangan, jgn lah tiba-tiba hanya tinggal harapan kepada mereka yang menyokong Sdr...........Atau adakah ini hanya gimik politik?Sekadar ingin melihat reaksi akar umbi......Jgn mainkan perasaan orang..........Tak baik....

DIMANA TUN FAISAL?

Mengapa Sdr Tun masih belum mengumumkan hasratnya untuk bertanding NKP mahupun sebagai KP Putrajaya? Apa yang masih beliau nanti-nantikan. Angin bertiup kencang beliau akan mencabar KP Putrajaya kerana beliau ingin membawa perubahan. Adakah beliau mempunyai kredibiliti untuk mencabar Sdr Zaki? Adakah sumbangan beliau telah terbukti untuk diberi mandat menjadi KP Putrajaya?Difahamkan beliau masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman. Tapi bila?Jgn lama-lama nanti tertinggal bas.

Friday, July 11, 2008

YOP CALON NAIB KP

Nampaknya suasana pemilihan NKP Putrajaya juga semakin panas. Calon yang tidak disangkakan telah menawarkan diri. Tidak lain tidak bukan Sdr Yop. Kenapa tiba-tiba beliau menawarkan diri?Bukankah selama ini digembar gemburkan Sdr Tun yang akan berganding bahu dengan Sdr Zaki. Apa sudah jadi? Boleh ke Yop bawa daulat sebagai NKP yang efektif? Hanya akar umbi yang boleh jawab.......

Thursday, July 3, 2008

PALM GARDEN LOKASI TERBARU

Nampaknya modal si khairun berkempen semakin meningkat........kini pemuda-pemuda dibawa ke palm garden pulak.......makan jgn tak makan..........jgn tak habis makan sudah.....nanti Allah marah kalau membazir........Apa-apa pun syabas khairun kerana masih kekalkan momentum kempen di hotel-hotel.........Ye la kalau hotel lebih selesa dari kedai mamak atau kelab tasik atau tomyam dengkil, tomyam bangi..........Ada masalah?..........Tak ada..........Cuma seronok tengok cara kempen org2 yg nak bertanding......moga-moga murah rezeki sebab banyak bagi pemuda makan....tapi jgn la sampai jadi gemuk macam amri atau rozi..

NAN SUDAH TERBUANG

Dikhabarkan si nan sudah terbuang dari kem khairun........Betul ke?......Wah nampaknya Tun dapat la menang selesa.......Oooops silap...........Dia kan nak bertanding ketua seperti yang dimaklumkan si Md Noh.........Si Md Noh yang nak bertanding naib.........Syabas la Md Noh kalau nan dah terkeluar.......pasti kau boleh menang. Tapi dengan syarat kau boleh menang dengan calon pilihan si zaki.......siapa dia?

Jadi siapa pilihan khairun untuk berpasangan dengan beliau.......Diantara calon-calon pilihan beliau mungkin:-

(a) Kamal
(b) Khairil
(c) Nasar
(d) Azman
(e) Shahrel Azlee

Tak tahu la siapa pilihan kalbu...........

AMIR BERMASALAH

Kenapa dah lama tak nampak si amir pegawai khas dgn si zaki atau pegawai2? Adakah ada masalah diantara mereka......Adakah amir ada masalah dgn zaki atau pegawai2 ada masalah dengan amir.....Atau amir sudah terbuang? Jawab jgn tak jawab..........