Thursday, June 19, 2008

YOP KEMBALI

Sdr Yop dikatakan sudah kembali berlegar2 di Putrajaya..........Setelah lama tidak kelihatan semenjak dari pilihanraya..........Nampaknya jentera zaki (3 abdul, iaitu Abdul Yop, Abdul Zaidi dan Abdul Tom) sudah turun sepenuhnya untuk memastikan beliau terus kekal sebagai KP Putrajaya......Disamping itu Zaki juga semakin kerap kelihatan lepak di kedai mamak..........bagus la tu kalau dah ada keinsafan utk bersama2 dengan rakyat jelata.......sebab dengar2nya pemuda kata zaki tak pandai bergaul........kalau dah duduk kedai mamak boleh la bergaul dgn pem putrajaya....SYABAS.........teruskan misi anda walaupun dah masuk waktu kecedaraan.....moga2 ini bukan hanya waktu nak pemilihan.........pemimpin kena ikhlas.......

KHAIRUN TUKAR KEMPEN MANAGER?

Nampaknya Khairun sudah serik menggunakan kamal sebagai kempen manager. Kerana beliau dikatakan banyak mengabihkan boreh........tapi apa pun tak jadi........si aziz tanjung pula dah beralih arah......dulu dialah pakar strategi hinggakan dinobatkan dalam blog kembarsedarah, kalau bukan kerana aziz, khairun akan kalah lebih dari 3 undi.........hebat sungguh si aziz ni.......tapi sekarang dia sudah bersama si zaki.......kerana terlalu lama sangat dibiarkan terbiar........bak "Polong tak bertuan".........maka terpaksalah beliau cari tuan baru......Sekarang khairun telah gunakan bekas ketua penerangan pemuda bahagian kuala pilah, si rizal dan si azman naib kp kaktus. Bagus juga strategi si budak khairun ni........rizal skrg berada di bangi......jadi beliau ditugaskan jaga semua hotel, kedai tomyam di kawasan bangi........azman pulak jaga semua kedai mamak di putrajaya......rizal ni kalau kat caw langsung tak bekerja tapi time2 ni boleh pulak berkempen utk si khairun.....itulah dinamakan politik.......konon2 buat kerja 4 tahun sekali.........masa pilihanraya hari tu tidak pulak si rizal & azman bekerja keras utk BN....inilah politik cuba mencari populariti waktu masa kecederaan.......

TUN FAISAL JADI REBUTAN

Nampaknya Tun Faisal sekarang menjadi rebutan......Di fahamkan pakar-pakar strategi khairun sedang mencaturkan Tun utk berpasangan dgn Khairun sbg naib.........manakala Adnan pula sedang mencaturkan Tun untuk menjadi KP Putrajaya dan beliau kekal sebagai Naib.......Bagus la untuk Tun, sekurang2nya nama beliau semakin glamor......Nampaknya masing2 sudah beralih arah.........adakah ini wayang politik?

ADNAN TAK SEBULU DGN KHAIRUN

Nampaknya desas desus mengatakan bahawa berlaku tidak sefahaman diantara Adnan dan Khairun.....Ini berkaitan dgn strategi kempen masing-masing. Adnan sepatutnya berkempen dgn khairun.....tapi lain pula jadinya....nampaknya rakit di kem khairun sudah berpecah........kalau ini berlaku, adakah geng nogori (Bob Bakawali, Nasar, Zainol) akan menyokong pencalonan khairun? Belum2 apa sudah tak sekapal.......mcm mana nak pimpin pemuda putrajaya....

Monday, June 2, 2008

SIAPA LEBIH LAYAK BERTANDING KP PUTRAJAYA?

Siapakah lebih layak bertanding KP Putrajaya 2008/2011? Kalau berdasarkan statistik undian dari laman web sdr Md Noh ternyata Datuk Zaki akan kecundang. Undian itu mungkin asli atau juga hanya mainan politik oleh golongan2 tertentu. Yang pasti, pelbagai faktor harus diambil kira dalam memilih pemimpin ulung untuk membawa Pemuda Putrajaya ke satu tahap yang lebih tinggi dan disegani di serata pelusuk Malaysia. Diantara kriteria yang penting adalah pengalaman, amanah, jujur, keperibadian yang baik, komited dan ikhlas dalam perjuangan. Kalaulah berdasarkan undian calon popular di laman web sdr md noh, kedudukannya adalah seperti berikut:-
(1) Khairun (2) Tun Faisal (3) Zaki

Berdasarkan analsis politik semasa dari tahun 2004, khairun tidak layak untuk bertanding. Adakah sekelumit jasa beliau dalam membantu pemuda putrajaya selepas tewas pada tahun 2004? Jawapannya TIDAK.....Mungkin beliau hanya berjasa kepada Kamal, Khairil,Azman,Nasar, md Noh, musa, bob bakawali..........Mesyuarat pemuda cawangan sendiri pun tak pernah hadir.......Inikan pula kita nak bercakap pasal kepimpinan dan keikhlasan beliau......Berapa banyakkah pengalaman beliau dalam politik?......Beliau baru berumur 30 tahun...Baru nak pecah dara........Kalau berdasar kriteria diatas, Tun Faisal adalah calon yang paling sesuai utk bertanding dgn zaki......Walaupun kehadiran beliau baru 2 tahun di Putrajaya tetapi telah menampakkan komitmen beliau terhadap pemuda putrajaya. Lagi pun beliau adalah pegawai khas Dato' Seri Hisham. Banyak pengalaman dalam politik.

Rasa2nya baik la khairun berganding bahu dengan Tun Faisal. Tun ambil Ketua, Khairun ambil Naib.......Apa macam?.......Zaki pulak nak berganding bahu dengan siapa?

PERANG AKTIVITI

Wah hebat betul perang aktiviti........Khairun buat pgrm karaoke di Tasik Idaman waktu malam..............Zaki pulak buat futsal Pemuda Putrajaya......Berpeluh2 sambil ditemani oleh bau ketiak..........Dengar2 meriah.......banyak pasukan masuk........Tahniah la buat anda berdua dengan aktiviti2 yang menyihatkan pemuda putrajaya.........Tun Faisal kau nak buat pgrm apa pulak.......Cepat jgn tewas hanya krn kau tak ada pgrm.

Sunday, June 1, 2008

PESTA MUDA MUDI

Dikhabarkan Khairun telah membawa lembu2nya dan anak2 lembu lebih kurang 30 ekor menyanyi di Tasik Idaman......Ada pertandingan karaoke ke?.....................Ke ada taklimat Presiden? Dengar kamal dan khairil nyanyi lagu "Sandarkan Pada Kenangan".......Terkenang tahun 2004 agaknya........Aduh kuat bangat main duit....Adakah ini politik wang?.......Hebat sungguh pertandingan merebut KP Putrajaya.......Hinggakan sanggup bawa ke karaoke untuk memancing undi setelah 4 tahun tidak ada di Putrajaya.......Agaknya nak qador waktu tiada di Putrajaya..........Datuk Zaki dan Tun Faisal bila pulak nak bawa askar2 korang ke karaoke? Jangan tewas hanya kerana tidak belanja pemuda2 pergi karaoke........