Monday, June 2, 2008

SIAPA LEBIH LAYAK BERTANDING KP PUTRAJAYA?

Siapakah lebih layak bertanding KP Putrajaya 2008/2011? Kalau berdasarkan statistik undian dari laman web sdr Md Noh ternyata Datuk Zaki akan kecundang. Undian itu mungkin asli atau juga hanya mainan politik oleh golongan2 tertentu. Yang pasti, pelbagai faktor harus diambil kira dalam memilih pemimpin ulung untuk membawa Pemuda Putrajaya ke satu tahap yang lebih tinggi dan disegani di serata pelusuk Malaysia. Diantara kriteria yang penting adalah pengalaman, amanah, jujur, keperibadian yang baik, komited dan ikhlas dalam perjuangan. Kalaulah berdasarkan undian calon popular di laman web sdr md noh, kedudukannya adalah seperti berikut:-
(1) Khairun (2) Tun Faisal (3) Zaki

Berdasarkan analsis politik semasa dari tahun 2004, khairun tidak layak untuk bertanding. Adakah sekelumit jasa beliau dalam membantu pemuda putrajaya selepas tewas pada tahun 2004? Jawapannya TIDAK.....Mungkin beliau hanya berjasa kepada Kamal, Khairil,Azman,Nasar, md Noh, musa, bob bakawali..........Mesyuarat pemuda cawangan sendiri pun tak pernah hadir.......Inikan pula kita nak bercakap pasal kepimpinan dan keikhlasan beliau......Berapa banyakkah pengalaman beliau dalam politik?......Beliau baru berumur 30 tahun...Baru nak pecah dara........Kalau berdasar kriteria diatas, Tun Faisal adalah calon yang paling sesuai utk bertanding dgn zaki......Walaupun kehadiran beliau baru 2 tahun di Putrajaya tetapi telah menampakkan komitmen beliau terhadap pemuda putrajaya. Lagi pun beliau adalah pegawai khas Dato' Seri Hisham. Banyak pengalaman dalam politik.

Rasa2nya baik la khairun berganding bahu dengan Tun Faisal. Tun ambil Ketua, Khairun ambil Naib.......Apa macam?.......Zaki pulak nak berganding bahu dengan siapa?

8 comments:

Anonymous said...

aku rasa la kan...kepada penyokong kuat khairun yang lebih membawa rebah tu, apa sangat sumbangan khairun pada pemuda putrajaya!! nape beriya-iya nak kan khairun sebagai kp, mungkin penyokong2 nie sume dah mula korek lombong agaknya.....maklum khairun kan lobok bagi mereka!!! fikir2kan lah...

limpong said...

alooooo bro.....
kenyataan saudara tentang khairun tidak pernah menghadiri mensyuarat pemuda cawangan matahari adalah benar sama sekali. Kenyataan yang paling tepat adalah bukan khairun seorang sahaja yang tidak pernah menghadiri mensyuarat pemuda cawangan matahari, malah semua ahli pemuda termasuk zaki dan PSu. Adakah kenyataan ini enak.Bukan bermaksud untuk menyebelahi sesiapa tetapi adalah mengenai fakta yang tidak tepat yang boleh merosakkan perpaduan ahli parti. Saudara bercerita mengenai politik Pemuda Umno Putrajaya sudah tentu saudara sendiri adalah ahli pemuda. Oleh itu janganlah saudara jadikan blog ini tempat saudara menabur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan parti. Saudara boleh menulis asalkan berita tersebut benar dan jangan jadikan blog ini sebagai tempat saudara menangguk di air yang keruh.
Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan saudara tetapi hanya untuk mengingatkan saudara sebelum sesuatu perkara buruk berlaku. Untuk mengenali identiti penulis blog bukanlah mustahil. Ianya begitu mudah. Oleh yang demikian saya harap saudara berhati-hati.

loqlaq said...

Sdr Bosan......Saya sebagai pemerhati politik pemuda putrajaya merasakan perpaduan dikalangan ahli pemuda dan ajk pemuda bahagian amat baik. Sehinggalah ketika hairun menunjukkan hidungnya masa taklimat pilihanraya..Dari ketika itulah bermulanya bibit2 perpecahan...Ketika ramai pemuda dan ajk lain sibuk di bilik gerakan pem bahagian dimana ajk2 yang menjadi org kanan org kiri org belakang dan org depan hairun? mengapa tidak kelihatan langsung di bilik gerakan? Adakah mereka perlu di jemput..........pasal tidak hadir mesyuarat, sy rasa kalau zaki tak hadir mesyuarat pem cawangannya sendiri jgnkan pemuda akan cantas dia........Dato' Tengku sendiri akan cantas dia....Bro mesyuarat tahunan pem caw diadakan setahun sekali....hairun tidak hadir tapi zaki hadir.......jadi siapa yg buat fitnah...saudara atau penulis blog ini? Jgn lah cuba menegakkan benang yg basah. Bercakap biar ada fakta agar tidak nampak akan kelekehan kita.

kukukaki said...

www.kembarsedarah.blogspot.com

paksanggup said...

bengap..tun faisal pula calun yg akan menjadi kp"lupakan ler dan fikir2 lah..

anti-wayang said...

mari kita hantam kembar sedarah....

limpong said...

lolaq........
betul2 lolaq. konon jadi pemerhati... kalau jadi pemerhati tu, jangan le komen. perhati cukup le...
Aku mintak engkau tolong baca artikel tu balik dan tolong faham ayat tersebut. Ayat tu kata mensyuarat agung pemuda cawangan ke atau hanya mensyuarat pemuda cawangan. Kalau dimaksudkan mensyuarat Agung pemuda cawangan tu dah memadai, bagus le tu. tiada isu yang nak di perjuangkan. inilah contoh pemimpin masa depan yang terbaik.
Saya tidak menyebelah sesiapapun samada khairun atau pun zaki. bagi saya mereka ini sama sahaja. mereka berdua mempunyai nafsu serakah yang tidak pernah pudar. Cawangan tersebut digunakan sebagai platform untuk mereka naik ke atas. setelah mereka menang, mereka akan abaikan semua ahli yang ada. Engkau tengok sendiri dimana ahli cawangan dia yang aktif. semuanya tidur kecuali orang yang tertentu. adalah 3 ekor kat atas tu yang aktif. yang lain dah kena tanam hidup-hidup.engkau tengok lan matahari dengan si faizal apa dah jadi.aku tau le si lan tu mulut celupar.Elok gak ada orang macam ni.
Apabila kita berpolitik,kita tidak perlu ada jurang sesama ahli, tidak perlu ada puak. Dula janji nak satukan, tetapi masih ada sikap tersebut hingga kini.Kalau dia orang nak bantu pemuda semua bukan tak boleh... tetapi hati mereka tidak mengizinkan untuk berbuat demikian.
Kepada saudara lolaq, saudara duduk dalam kem. saudara rasa saudara je yang betul. saudara tak rasa kepada orang yang tida kem. berapa ramai pemuda yang terbiar. Berapa banyakkah pemuda yang hilang nilai moral, terlibat dadah, pecah rumah, maksiat dan sebagainya. Apa yang saudara tahu poket sentiasa disumbat oleh si zaki. tak bagi, nanti tukar kem. Sampai bila nak bersikap seperti ini. Saudara ni mementingkan diri sendiri daripada memperjuangkan nasib bangsa sendiri. Kita lihat sekarang ni pemimpin bermaharajalela membuat keputusan kat atas. yang menjadi mangsa orang kat bawah. Ahli yang ada diam membisu. tak ada tempat nak bercakap. kalau bolehpun setahun sekali. Adakah mensyuarat tersebut dapat menyelesaikan masaalah yang dihadapi sepanjang tahun tersebut. Tolong jangan jadi manusia yang bodoh, banggang. Menjadi alat kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri.Kita berjuang untuk bangsa bukan untuk diri orang2 tertentu. Jangan dok komen orang kem sana, kem sini. saudara sendiri tolong cermin diri tu. Jadilah manusia yang matang dan berwawasan.
Saya mohon maaf jika luahan ini agak menyinggung mana-mana pihak termasuk saudara. tetapi inilah relitinya. saya mohon kepada semua ahli supaya mematangkan fikiran dan perjuangkanlah nasib bangsa kita, agama kita dan negara kita. Jangan jadi bodoh sombong.

paksanggup said...

019 3566 945 call kalu berani mari cerita