sekarang ini ada 2 orang calon yang paling pening dalam Putrajaya. Nak bertanding kedua-dua jawatan penting. Konon-konon kerana desakan dari akar umbi. Yang peliknya akar umbi suruh bertanding 1 jawatan aje, yang korang berdua bersungguh-sungguh cari pencalonan untuk 2 jawatan apa pasal? Ini tidak lain tidak bukan sebab TAK ADA PENDIRIAN. Kalau benda paling senang pun susah nak buat pendirian, macam mana nak memacu Putrajaya, macam mana nak bawa perubahan untuk Putrajaya. Inikah pemimpin yang kita hendak bawa? Jangan la nak memperbodohkan pemuda konon-konon pencalonan tu sebagai insuran. Si Sharel Azlee dikatakan calon insuran buat si Tun dan dikatakan disokong oleh Dato' Khairun. Betul tak betul, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Dengarnya, perancang untuk si Tun adalah si Anuar, KP Cawangan Orkid yang baru setahun jagung masuk Putrajaya dan dibantu dengan kertas kerja oleh si Mohd Noh yang "cerdik", Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan Teratai(kalau dah lepas semua jawatan di peringkat Pem Caw dan Pem Bahagian, jangan la masuk campur lagi dalam urusan Pem. Ini sibuk main catur. Apa hal? Inilah dinamakan orang gila talak.). Si Sharel ini pun dikatakan berminat nak bertanding KP Putrajaya. Naib pun dia minat. Jangan macam tu bang, nanti kau kena mandi dengan budak-budak Putrajaya.
Aku nak tanya sikit pada calon-calon yang nak bertanding. Apakah agenda kauorang yang nak bertanding? Tolong ungkai satu persatu. Biar yang realistik dan boleh diguna untuk Pemuda Putrajaya. Apakah kauorang sudah benar-benar BERJAYA menyumbang ke arah pembangunan modal insan baik dari segi jati diri dan keagamaan dan pembangunan ekonomi di peringkat Pemuda Cawangan masing-masing?Hanya Pemuda Kiambang dan Pemuda Meranti dapat menjawab. Semasa kempen pilihanraya, Pasukan Gerak Gempur Bahagian ditugaskan disurau-surau untuk memantau, tapi budak-budak tu tak sembahyang jemaah sekali tapi asyik bersembang di luar. Siapa yang uruskan mereka-mereka yang tidak berdosa ini? Kariah surau semua tengok gelagat mereka. Siapa nak jawab?
FIKIR-FIKIR LAH, RENUNG-RENUNGKAN LAH, TEROPONG-TEROPONG LAH.
Sunday, August 10, 2008
Thursday, August 7, 2008
CALON BARU KP PUTRAJAYA
Apa sudah berlaku? Nama Sharel Azlee telah dicalonkan sebagai calon KP Putrajaya. Apakah ini percaturan Khairun? Kerana sebelum ini tersebut bahawa Khairun mahu membantu orang lain mencabar Zaki. Tapi yang pelik, Khairun telah bersetuju untuk menyokong Zaki. Kalau bukan dia, percaturan siapakah ini?
Sunday, July 27, 2008
NKP JUGA 3 PENJURU
Penyakit pertandingan 3 penjuru juga telah berjangkit kepada jawatan NKP.......Yop, Tun (dua-dua jawatan nak cuba KP & NKP-hebat politik pegawai khas Dato' Hishammuddin) dan Shahrel (calon dari kem Khairun). Bagus la tu...........Yang bertanding pun hebat-hebat juga.......Tapi pastikan boleh jadi NKP yang berkesan.........Jgn jadi macam "mantan NKP" sekarang. Satu sen pun tak guna.........Lepas tu ada hati nak bertanding KP..........Tapi tak apa, itu hak dia. Kita demokrasi. Pilihlah yang terbaik....
PERTARUNGAN 3 PENJURU
SAH MEMANG SAH..........Pertandingan 3 penjuru bagi merebut jawatan KP Putrajaya. Adnan akan bertanding dan telah mendapat pencalonan, Tun pegawai khas Dato' Hishammuddin juga akan bertanding dan telah mendapat pencalonan akan melawan penyandang Datuk Zaki pegawai khas Pak Lah......Apa sudah jadi? Tun dikatakan akan bertanding NKP tetapi mengapa disaat akhir beliau menukar kereta. Ye mungkin beliau rasa sudah boleh tukar kereta.......Sekarang bawa Camry 2.4 tapi rasa-rasanya duit gaji dah mampu nak pakai Ferrari........Itu yang terus beli Ferrari..........Tapi ingat jangan tiba-tiba terpaksa jual balik.........
Seronok tengok calon-calon bertanding........ramai la yang masyukkkkkkkk...........
Seronok tengok calon-calon bertanding........ramai la yang masyukkkkkkkk...........
Friday, July 25, 2008
SELAMAT BERSIDANG!!!
Rakan-rakan seperjuangan dan semua ahli pemuda, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersidang. Jalankan tanggungjawab dengan berhemah. Pastikan maruah dan harga diri di jaga. Pilihlah pemimpin yang boleh memimpin dan dipimpin. Salam buat semua...
Thursday, July 24, 2008
DEKLARASI SERDANG
ADNAN telah buat pengumuman nak bertanding KP Putrajaya di Serdang. Mengapa beliau berubah fikiran tidak mahu mempertahankan jawatan NKP? Adakah beliau merasakan beliau telah melakukan yang terbaik ketika memegang jawatan NKP dan sekarang sudah tiba masanya mengorak langkah untuk bertanding KP kerana dirasakan beliau lebih baik dari KP sekarang?Apakah muslihat beliau bersama Haji Nasar dan Haji Kamal bertandang ke Bukit Bintang? Mengapa setelah kembali dari sana, Haji Nan membuat keputusan bertanding KP? Benarkah banyak jasa dan sumbangan yang telah Haji Nan berikan ketika menjadi NKP? Benarkah Haji Nan tidak diberi peluang oleh KP sekarang bagi membuktikan keberkesanan beliau memimpin? Beliau dikatakan tidak diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Ekonomi.Adakah ini benar?
Semua persoalan diatas perlu dijawab oleh semua rakan dan pemuda putrajaya.......Lu Fikirlah!
Semua persoalan diatas perlu dijawab oleh semua rakan dan pemuda putrajaya.......Lu Fikirlah!
Wednesday, July 23, 2008
KHAIRUN BUAT KEMUNCULAN SULUNG?
Kawan-kawan saya memaklumkan yang Saudara Khairun telah membuat kemunculan sulung di Putrajaya semenjak dari taklimat pilihanraya. Beliau dikatakan kelihatan amat gembira berjumpa dengan Saudara Zaki...........Adakah ini petanda awal bahawa Saudara Khairun telah melupakan semua sengketa yang ada dan akan menyokong Saudara Zaki untuk bertanding KP Putrajaya? Kalau benarlah ini berlaku, ini adalah satu KEZUTAN dalam Putrajaya. Saya menyokong penuh sekiranya ini berlaku. Eloklah kita berbaik-baik demi PERPADUAN Pemuda Putrajaya. Ayuh kita rapatkan barisan dan kita kuatkan jentera Pemuda Putrajaya kerana kita adalah benteng yang paling hadapan sekali bagi UMNO Malaysia. Demi Pemuda demi perpaduan...........Saya menyeru agar calon-calon lain juga menarik diri dan memberi laluan kepada Saudara Zaki untuk memimpin Pemuda Putrajaya bagi penggal 2008/2012. Kita bersama-sama bantulah dan bekerjasamalah dalam meningkatkan martabat Pemuda Putrajaya. Apa guna kita bersengketa, kelak Pemuda Putrajaya yang menjadi mangsa......Hidup Datuk Zaki! Hidup Dato' Khairun! (Korang berdua jgn la pulak main wayang, nanti aku yang perang dgn korang)
Monday, July 21, 2008
MASA UNTUK BUAT PILIHAN BIJAK
Saya ingin menasihatkan kawan-kawan termasuk diri saya sendiri, dalam kerakusan dan kegelojohan kita mengempen calon-calon kita baik KP, NKP, AJK, G2 pilih lah yang benar-benar layak dan berwawasan. Yang telah banyak menabur bakti dan tenaga dalam membantu Pemuda Putrajaya, wajar dihargai. Selama 4 tahun ini, kita boleh nilai sejauh mana sumbangan AJK dan KP Caw yang sedia ada.........Apakah mereka lebih banyak membuat sumbang mahram dari sumbangan berfaedah........Kita sudah muak dengan AJK yang hanya pandai berkata-kata, tapi semuanya "hanya dusta"..........Ramai yang berkaki lebar harus dikekalkan seperti Nazarul Hisham, Hamizu, Shahrel Azlee, Nasru, Aziz Sukan, Tun Faisal. Tidak lupa juga mereka yang lain yang berkaliber seperti Baha, Shah, Anuar, Zaidi Karli, Razali, Alwi,Ust Haromain, Md Nor, Amir,Zack, Azman, Ust Nasar, Nasir,Mizi, Faizal,Bob Hospital yang boleh di beri peluang.........Tapi pastikan mereka juga rela.........Seperti Md Noh, dia awal-awal dah umumkan TIDAK akan bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pemuda Bahagian mahupun cawangan. Jadi jangan kita pulak calonkan dia lagi.........Rugi pencalonan kita. Buat Pilihan Bijak!Agar jangan kesal dikemudian hari.........Jangan kita di persoalkan di akhirat kelak dek kerana memilih pemimpin yang tidak amanah dan tidak betul.
Mr J JADI HANTU RAYA
Ada seorang pemuda Putrajaya bernama Mr J. Minta berhati-hati dengan dia kerana dia di katakan menjadi Hantu Raya. Kuat merayap ke semua kem. Baik kem Zaki, kem Khairun, kem Tun....Bukan apa takut dia jadi pembekal maklumat. Maklumlah dia punya syarikat dah register secara sah lesen pembekal dengan Kementerian Kewangan. Jaga-jaga maklumat anda........Dia ni ala-ala KGB dan Mosaad......Bahaya!
SAH UST NASAR BERTANDING
Nampaknya makin meriah pertandingan KP Putrajaya. Bak kata si Md Noh, "patah tumbuh hilang berganti", setelah calon org muda, si khairun menarik diri dari bertanding, tiba-tiba muncul pula "superboy N9", Ust Nasar (kau dari suku mano?den lupo la) menawarkan diri untuk menabur janji, bakti dan tenaga bagi mengangkat martabat pemuda Putrajaya agar terkenal sehingga ke Kuala Pilah.Ust Nasar nie mcm Ust Akhil Hayy, setelah banyak sangat terlibat dalam "dunia gelap" kini sudah berubah setelah mendapat "taupek" dan hidayat ketika mengerjakan umrah. Beliau dikatakan sudah berubah. Bercakap pun lembut tapi keras..........Lebih serius.........Jadi adakah perubahan ini akan berlaku terus atau hanya sandiwara politik.........Tapi saya tidak akan bersangka buruk.......Yang baik dari Allah yang buruk dari saya..........Buatlah Pilihan Bijak........Jgn terkono pulak........
CALON TUNJUK
Nampaknya memang benar bagai di war-warkan, Khairun tidak akan bertanding KP Putrajaya. Adakah beliau akan memberi laluan mudah buat Zaki?..........Jawapannya tentu TIDAK. Askar-askar beliau sedang mencari "Calon Tunjuk" yang boleh dijadikan pahlawan untuk bertarung dengan Hang Zaki.....Mereka sedang membuat latih tubi untuk calon-calon yang akan diminta menentang Hang Zaki...........Diantara yang disebut2 ialah Hang Shahrel dan Hang Rizal........Tapi Hang Adnan dan Hang Nasar juga berminat bertarung dengan Hang Zaki..........Semua Hang tu kalau cukup pencalonan bertandinglah..........Tapi bertanding biarlah disebabkan atas niat sendiri bukan untuk mewakili dan ditaja oleh seseorang.......Agar kelak tidak jadi Lembu Ditarik Hidung...........Kita mesti ada harga diri.........Hang-hang selamat berjuang.
Wednesday, July 16, 2008
CALON GELOJOH, "AMBITIOUS" PEROSAK UMNO
Tajuk diatas diambil dari blog mypemuda.......amat menarik sekali tajuk itu.....Ianya boleh digunapakai dalam konteks Putrajaya.........Tapi bukan untuk calon-calon yang gelojoh.......mereka sentiasa berhati-hati dalam membuat pengumuman seperti Tun sampai sekarang belum putuskan nak bertanding apa.............Mohd Noh..........mula-mula agresif nak bertanding naib siap nak pair dengan Tun...........berkempen sana sini.........Tapi bila Tun masih tak putuskan, maka layu lah semangat beliau........Bak lagu XPDC........"Semangat yang hilang".........Dalam konteks Putrajaya, yang gelojoh adalah penyokong........"Yes Boss. Boleh lawan nie, you sokongan kuat.........ada chance nak menang."Itulah kata-kata keramat yang digunakan bagi merangsangkan calon-calon yang dibawa oleh mereka.....Kawan-kawanku........Kenapa harus kita sibuk berlawan, hanya kerana nak memuaskan nafsu serakah kita.........UMNO tengah bergolak, kita kat Putrajaya pun nak bergolak?Zaki sudah buat yang terbaik untuk Putrajaya.....Salah silap tu adat la.......Bukan semua orang tak buat silap.......kalau beliau bersalah kita tegurlah dia.......dia pemimpin kita............kalau kita tak tegur siapa lagi.....Apa yang pemuda Putrajaya mintak dapat?Sila senaraikan dan kita kemukakan kepada Zaki.........Dia pun tak tahu kalau tidak dimaklumkan........Jadi saranan saya kita kekalkan beliau untuk sepenggal lagi demi perpaduan Pemuda Putrajaya.Marilah kita sama-sama melihat kembali segala kebaikan yang telah beliau lakukan walau sekecil semut......Dan sekiranya beliau diberi peluang untuk kekal sebagai KP dan dia buat tak betul dalam penggal yang akan datang, aku orang pertama yang akan menghemtam dia.
CALON KP & NKP PUTRAJAYA
Pening-pening.........Mcm tuan yang empunya blog mypemuda.........Dia dah buat satu segmen untuk mengundi "pair" KP dan NKP Putrajaya 2008/2012. Aku ingat dah 3 kali bertukar calon-calon pair. Belum sempat pengundian ditutup dah ditukar........Apa barang kau buat nie.....Tak tetap pendirian......Itu sebab takut nak bertanding NKP.........Bila tengok result poll menyebelahi (mula-mula) Zaki & Tun.........Dia tukar pulak.......lepas tu bila tengok result menyebelahi Zaki & Yop........Tukar lagi.........bila nak habis da?......tak faham aku........Tapi bak kata orang pedulu apa, itu aku punya blog, ikut aku la........betul tu md noh.........aku cuma lahirkan rasa "Kesal" kerana kau nie asyik buat kerja tak habis, tak selari dengan status kau sebagai antara AJK Pem Bhgn yang "terbaik".
Monday, July 14, 2008
MD NOH OH MD NOH
Berita dari Taman Warisan, lebih kurang begini bunyinya "Saya tidak akan bertanding diperingkat Pem Bahagian dan peringkat Pem Caw.Tapi saya menawarkan diri untuk bertanding G2. Saya kecewa dengan kepimpinan Pak Lah"..........Lebih kurang la tu.......Apa-apa saya mohon maaf andaikata ada maklumat yang tersalah......Cuma yang ingin dipertikai sekarang....."Bagaimana boleh jadik gitu dong?Kok kau sudah mengundur diri sebelum berperang". Dalam blog mypemuda bukan main berapi-rapi. Mcm naga dalam cerita "War of Dragons"........rupa-rupanya sudah tinggal asap......ke Md Noh tunggu reaksi kawan2? Ada ke yang menangisi keputusan beliau?
DEKLARASI TAMAN WARISAN
14 JULAI 2008, Jam 9.30 malam. Berita diterima dari Taman Warisan Putrajaya, Sdr Adnan telah mengumumkan kesediaan beliau untuk mempertahankan jawatan NKP. Setelah sekian lama menyembunyikan diri semenjak dari pertandingan bowling di Alamanda, Adnan membuat kemunculan sulung dengan diiringi kumpulan N9. Diantara penyokong kuat (suku2 N9) yang hadir memberi semangat dan dorong ialah Sdr Zainol, Sdr Nasar dan Sdr Bob Hospital. Adakah selepas ini akan ada banyak kemunculan lagi kerana Sdr Adnan memang dikenali dikalangan pemuda amat "pemurah" dalam berbelanja minum teh dengan mereka. Adakah masih ada harapan buat beliau mempertahan jawatan? Kajian terperinci harus dibuat bagi memberi rasional terbaik untuk mengekalkan beliau sebagai NKP. Syabas Sdr Adnan kerana telah membuat pengumuman.
KHAIRUN MENINGGALKAN GELANGGANG?
Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup di Putrajaya yang sedang bergelora membawa khabar berita bahawa Sdr Khairun tidak akan bertanding KP Putrajaya. Adakah maklumat ini sahih? Hanya askar-askarnya yang tahu. Tetapi mengapa tiba-tiba ingin menarik diri? Bukankah sudah 15 cawangan dalam genggaman. Sdr Khairun tolonglah fikirkan semula.......Setelah impian dan harapan diberi kepada 15 cawangan, jgn lah tiba-tiba hanya tinggal harapan kepada mereka yang menyokong Sdr...........Atau adakah ini hanya gimik politik?Sekadar ingin melihat reaksi akar umbi......Jgn mainkan perasaan orang..........Tak baik....
DIMANA TUN FAISAL?
Mengapa Sdr Tun masih belum mengumumkan hasratnya untuk bertanding NKP mahupun sebagai KP Putrajaya? Apa yang masih beliau nanti-nantikan. Angin bertiup kencang beliau akan mencabar KP Putrajaya kerana beliau ingin membawa perubahan. Adakah beliau mempunyai kredibiliti untuk mencabar Sdr Zaki? Adakah sumbangan beliau telah terbukti untuk diberi mandat menjadi KP Putrajaya?Difahamkan beliau masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman. Tapi bila?Jgn lama-lama nanti tertinggal bas.
Friday, July 11, 2008
YOP CALON NAIB KP
Nampaknya suasana pemilihan NKP Putrajaya juga semakin panas. Calon yang tidak disangkakan telah menawarkan diri. Tidak lain tidak bukan Sdr Yop. Kenapa tiba-tiba beliau menawarkan diri?Bukankah selama ini digembar gemburkan Sdr Tun yang akan berganding bahu dengan Sdr Zaki. Apa sudah jadi? Boleh ke Yop bawa daulat sebagai NKP yang efektif? Hanya akar umbi yang boleh jawab.......
Thursday, July 3, 2008
PALM GARDEN LOKASI TERBARU
Nampaknya modal si khairun berkempen semakin meningkat........kini pemuda-pemuda dibawa ke palm garden pulak.......makan jgn tak makan..........jgn tak habis makan sudah.....nanti Allah marah kalau membazir........Apa-apa pun syabas khairun kerana masih kekalkan momentum kempen di hotel-hotel.........Ye la kalau hotel lebih selesa dari kedai mamak atau kelab tasik atau tomyam dengkil, tomyam bangi..........Ada masalah?..........Tak ada..........Cuma seronok tengok cara kempen org2 yg nak bertanding......moga-moga murah rezeki sebab banyak bagi pemuda makan....tapi jgn la sampai jadi gemuk macam amri atau rozi..
NAN SUDAH TERBUANG
Dikhabarkan si nan sudah terbuang dari kem khairun........Betul ke?......Wah nampaknya Tun dapat la menang selesa.......Oooops silap...........Dia kan nak bertanding ketua seperti yang dimaklumkan si Md Noh.........Si Md Noh yang nak bertanding naib.........Syabas la Md Noh kalau nan dah terkeluar.......pasti kau boleh menang. Tapi dengan syarat kau boleh menang dengan calon pilihan si zaki.......siapa dia?
Jadi siapa pilihan khairun untuk berpasangan dengan beliau.......Diantara calon-calon pilihan beliau mungkin:-
(a) Kamal
(b) Khairil
(c) Nasar
(d) Azman
(e) Shahrel Azlee
Tak tahu la siapa pilihan kalbu...........
Jadi siapa pilihan khairun untuk berpasangan dengan beliau.......Diantara calon-calon pilihan beliau mungkin:-
(a) Kamal
(b) Khairil
(c) Nasar
(d) Azman
(e) Shahrel Azlee
Tak tahu la siapa pilihan kalbu...........
AMIR BERMASALAH
Kenapa dah lama tak nampak si amir pegawai khas dgn si zaki atau pegawai2? Adakah ada masalah diantara mereka......Adakah amir ada masalah dgn zaki atau pegawai2 ada masalah dengan amir.....Atau amir sudah terbuang? Jawab jgn tak jawab..........
Thursday, June 19, 2008
YOP KEMBALI
Sdr Yop dikatakan sudah kembali berlegar2 di Putrajaya..........Setelah lama tidak kelihatan semenjak dari pilihanraya..........Nampaknya jentera zaki (3 abdul, iaitu Abdul Yop, Abdul Zaidi dan Abdul Tom) sudah turun sepenuhnya untuk memastikan beliau terus kekal sebagai KP Putrajaya......Disamping itu Zaki juga semakin kerap kelihatan lepak di kedai mamak..........bagus la tu kalau dah ada keinsafan utk bersama2 dengan rakyat jelata.......sebab dengar2nya pemuda kata zaki tak pandai bergaul........kalau dah duduk kedai mamak boleh la bergaul dgn pem putrajaya....SYABAS.........teruskan misi anda walaupun dah masuk waktu kecedaraan.....moga2 ini bukan hanya waktu nak pemilihan.........pemimpin kena ikhlas.......
KHAIRUN TUKAR KEMPEN MANAGER?
Nampaknya Khairun sudah serik menggunakan kamal sebagai kempen manager. Kerana beliau dikatakan banyak mengabihkan boreh........tapi apa pun tak jadi........si aziz tanjung pula dah beralih arah......dulu dialah pakar strategi hinggakan dinobatkan dalam blog kembarsedarah, kalau bukan kerana aziz, khairun akan kalah lebih dari 3 undi.........hebat sungguh si aziz ni.......tapi sekarang dia sudah bersama si zaki.......kerana terlalu lama sangat dibiarkan terbiar........bak "Polong tak bertuan".........maka terpaksalah beliau cari tuan baru......Sekarang khairun telah gunakan bekas ketua penerangan pemuda bahagian kuala pilah, si rizal dan si azman naib kp kaktus. Bagus juga strategi si budak khairun ni........rizal skrg berada di bangi......jadi beliau ditugaskan jaga semua hotel, kedai tomyam di kawasan bangi........azman pulak jaga semua kedai mamak di putrajaya......rizal ni kalau kat caw langsung tak bekerja tapi time2 ni boleh pulak berkempen utk si khairun.....itulah dinamakan politik.......konon2 buat kerja 4 tahun sekali.........masa pilihanraya hari tu tidak pulak si rizal & azman bekerja keras utk BN....inilah politik cuba mencari populariti waktu masa kecederaan.......
TUN FAISAL JADI REBUTAN
Nampaknya Tun Faisal sekarang menjadi rebutan......Di fahamkan pakar-pakar strategi khairun sedang mencaturkan Tun utk berpasangan dgn Khairun sbg naib.........manakala Adnan pula sedang mencaturkan Tun untuk menjadi KP Putrajaya dan beliau kekal sebagai Naib.......Bagus la untuk Tun, sekurang2nya nama beliau semakin glamor......Nampaknya masing2 sudah beralih arah.........adakah ini wayang politik?
ADNAN TAK SEBULU DGN KHAIRUN
Nampaknya desas desus mengatakan bahawa berlaku tidak sefahaman diantara Adnan dan Khairun.....Ini berkaitan dgn strategi kempen masing-masing. Adnan sepatutnya berkempen dgn khairun.....tapi lain pula jadinya....nampaknya rakit di kem khairun sudah berpecah........kalau ini berlaku, adakah geng nogori (Bob Bakawali, Nasar, Zainol) akan menyokong pencalonan khairun? Belum2 apa sudah tak sekapal.......mcm mana nak pimpin pemuda putrajaya....
Monday, June 2, 2008
SIAPA LEBIH LAYAK BERTANDING KP PUTRAJAYA?
Siapakah lebih layak bertanding KP Putrajaya 2008/2011? Kalau berdasarkan statistik undian dari laman web sdr Md Noh ternyata Datuk Zaki akan kecundang. Undian itu mungkin asli atau juga hanya mainan politik oleh golongan2 tertentu. Yang pasti, pelbagai faktor harus diambil kira dalam memilih pemimpin ulung untuk membawa Pemuda Putrajaya ke satu tahap yang lebih tinggi dan disegani di serata pelusuk Malaysia. Diantara kriteria yang penting adalah pengalaman, amanah, jujur, keperibadian yang baik, komited dan ikhlas dalam perjuangan. Kalaulah berdasarkan undian calon popular di laman web sdr md noh, kedudukannya adalah seperti berikut:-
(1) Khairun (2) Tun Faisal (3) Zaki
Berdasarkan analsis politik semasa dari tahun 2004, khairun tidak layak untuk bertanding. Adakah sekelumit jasa beliau dalam membantu pemuda putrajaya selepas tewas pada tahun 2004? Jawapannya TIDAK.....Mungkin beliau hanya berjasa kepada Kamal, Khairil,Azman,Nasar, md Noh, musa, bob bakawali..........Mesyuarat pemuda cawangan sendiri pun tak pernah hadir.......Inikan pula kita nak bercakap pasal kepimpinan dan keikhlasan beliau......Berapa banyakkah pengalaman beliau dalam politik?......Beliau baru berumur 30 tahun...Baru nak pecah dara........Kalau berdasar kriteria diatas, Tun Faisal adalah calon yang paling sesuai utk bertanding dgn zaki......Walaupun kehadiran beliau baru 2 tahun di Putrajaya tetapi telah menampakkan komitmen beliau terhadap pemuda putrajaya. Lagi pun beliau adalah pegawai khas Dato' Seri Hisham. Banyak pengalaman dalam politik.
Rasa2nya baik la khairun berganding bahu dengan Tun Faisal. Tun ambil Ketua, Khairun ambil Naib.......Apa macam?.......Zaki pulak nak berganding bahu dengan siapa?
(1) Khairun (2) Tun Faisal (3) Zaki
Berdasarkan analsis politik semasa dari tahun 2004, khairun tidak layak untuk bertanding. Adakah sekelumit jasa beliau dalam membantu pemuda putrajaya selepas tewas pada tahun 2004? Jawapannya TIDAK.....Mungkin beliau hanya berjasa kepada Kamal, Khairil,Azman,Nasar, md Noh, musa, bob bakawali..........Mesyuarat pemuda cawangan sendiri pun tak pernah hadir.......Inikan pula kita nak bercakap pasal kepimpinan dan keikhlasan beliau......Berapa banyakkah pengalaman beliau dalam politik?......Beliau baru berumur 30 tahun...Baru nak pecah dara........Kalau berdasar kriteria diatas, Tun Faisal adalah calon yang paling sesuai utk bertanding dgn zaki......Walaupun kehadiran beliau baru 2 tahun di Putrajaya tetapi telah menampakkan komitmen beliau terhadap pemuda putrajaya. Lagi pun beliau adalah pegawai khas Dato' Seri Hisham. Banyak pengalaman dalam politik.
Rasa2nya baik la khairun berganding bahu dengan Tun Faisal. Tun ambil Ketua, Khairun ambil Naib.......Apa macam?.......Zaki pulak nak berganding bahu dengan siapa?
PERANG AKTIVITI
Wah hebat betul perang aktiviti........Khairun buat pgrm karaoke di Tasik Idaman waktu malam..............Zaki pulak buat futsal Pemuda Putrajaya......Berpeluh2 sambil ditemani oleh bau ketiak..........Dengar2 meriah.......banyak pasukan masuk........Tahniah la buat anda berdua dengan aktiviti2 yang menyihatkan pemuda putrajaya.........Tun Faisal kau nak buat pgrm apa pulak.......Cepat jgn tewas hanya krn kau tak ada pgrm.
Sunday, June 1, 2008
PESTA MUDA MUDI
Dikhabarkan Khairun telah membawa lembu2nya dan anak2 lembu lebih kurang 30 ekor menyanyi di Tasik Idaman......Ada pertandingan karaoke ke?.....................Ke ada taklimat Presiden? Dengar kamal dan khairil nyanyi lagu "Sandarkan Pada Kenangan".......Terkenang tahun 2004 agaknya........Aduh kuat bangat main duit....Adakah ini politik wang?.......Hebat sungguh pertandingan merebut KP Putrajaya.......Hinggakan sanggup bawa ke karaoke untuk memancing undi setelah 4 tahun tidak ada di Putrajaya.......Agaknya nak qador waktu tiada di Putrajaya..........Datuk Zaki dan Tun Faisal bila pulak nak bawa askar2 korang ke karaoke? Jangan tewas hanya kerana tidak belanja pemuda2 pergi karaoke........
Wednesday, May 21, 2008
TALAM DUA MUKA
Nampaknya beberapa orang Zaki suka bermuka2......Di depan Yes Boss, tapi di belakang mereka lah yang mengutuknya........Mereka sebenarnya dikatakan telah bersekongkol dengan Khairun untuk menjatuhkan Zaki......kerana apa? Mungkin ada habuan yang lebih atau mungkin kerana kecewa atau mungkin ingin makan dari 2 kolam........Tapi hakiki, mereka kononnya telah berjaya ditarik ke kem Khairun.........Antara yang dikatakan terlibat adalah Razali Daiman, Zainol, Shah, Aziz Sukan, Aziz teleng, Nasar, Reza.........Adakah benar mereka bertindak demikian........Hanya yang empunya diri yang tahu........Jgnlah bermuka2 ckp terus terang.......Buat Khairun, awas, mereka juga mungkin memberi janji palsu padamu.......
Tuesday, May 20, 2008
HOTEL MANA KAU NAK MAKAN?
Lobi melobi sekarang semakin hebat.........tidak lagi setakat Yankee Hut, tempat khairun menjamu pemuda2 putrajaya sambil dijaga oleh lembu2nya dengan dipantau oleh si seladang kamal, dikhabarkan sekarang orang2 khairun kalau menjemput utk makan malam, akan bertanya "Hotel mana korang nak pergi. Sebut je".
Wah begitu mudah sekali utk melobi pemuda putrajaya.......Tapi yang pelik dan yang jelik nye (mcm kata2 Faizal DJ HotfM) kenapa selalu bawa makan kat luar dari Putrajaya ye? Dah la selama 4 tahun tak ada di Putrajaya. Mesyuarat caw ka mesy pem bhgn ka semuanya tak pernah hadir......Makan pun nak sorok2........payah payah........APA APA AJE Lah.....
Wah begitu mudah sekali utk melobi pemuda putrajaya.......Tapi yang pelik dan yang jelik nye (mcm kata2 Faizal DJ HotfM) kenapa selalu bawa makan kat luar dari Putrajaya ye? Dah la selama 4 tahun tak ada di Putrajaya. Mesyuarat caw ka mesy pem bhgn ka semuanya tak pernah hadir......Makan pun nak sorok2........payah payah........APA APA AJE Lah.....
PANAS!!!!!PANAS!!!!!!!!!!
Melihat senario keadaan semasa dan maklumat dari kedai mamak di sekitar Putrajaya dari Presint 8 dan Presint 9, 15 cawangan yang berada dalam genggaman khairun hasil "serangan" balaci2nya dikepalai oleh si khairil adalah seperti berikut:-
(1) Kaktus (khairil)
(2)Kekwa (Kamal)
(3)Ixora (rizal)
(4)Bakawali(Bob)
(5)Tanjung(Aziz)
(6)Seroja(Makhtar)
(7)Teratai(Mohd Noh)
(8)Daisy(Zainol)
(9)Dahlia(Adnan)
(10)Orkid (anuar)
(11)Semarak(Nasar)
(12)Meranti (Shahrel)
(13)Anggerik(Saiful)
(14)Kantan (Haromain)
(15)Dedap (Razali)
Mcm mana ni pakar2 dari kem zaki? Apa yang korang dah buat?Tak buat kerja ka?Kalau betul la bagai di kata, korang akan jadi geng pembangkang yang paling mantap........sedih pulak kesudahan trilogi zaki di Putrajaya.
Dengar2 Khairun tengah cari dana kat Australia sekarang..........Bawak balik banyak sikit....banyak nak pakai kat sini ni.........
(1) Kaktus (khairil)
(2)Kekwa (Kamal)
(3)Ixora (rizal)
(4)Bakawali(Bob)
(5)Tanjung(Aziz)
(6)Seroja(Makhtar)
(7)Teratai(Mohd Noh)
(8)Daisy(Zainol)
(9)Dahlia(Adnan)
(10)Orkid (anuar)
(11)Semarak(Nasar)
(12)Meranti (Shahrel)
(13)Anggerik(Saiful)
(14)Kantan (Haromain)
(15)Dedap (Razali)
Mcm mana ni pakar2 dari kem zaki? Apa yang korang dah buat?Tak buat kerja ka?Kalau betul la bagai di kata, korang akan jadi geng pembangkang yang paling mantap........sedih pulak kesudahan trilogi zaki di Putrajaya.
Dengar2 Khairun tengah cari dana kat Australia sekarang..........Bawak balik banyak sikit....banyak nak pakai kat sini ni.........
Monday, May 19, 2008
Pemuda Bahagian Anjur Bowling di Alamanda?
Tak patut sungguh pemuda bahagian nie anjur bowling utk Pemuda Putrajaya di Alamanda pada 16 Mei 2008 tapi 10 cawangan je yang di jemput........Dah la tu KP Putrajaya, Pegawai2 dan AJK lain pun tak hadir........Nasib baik ada Naib, Kamal, Nasru (tukang pass hadiah pada Nan........Jadi "jambu" la tu), khairil, azman. Aku tengok masa tu ramai jugak yang hadir, mcm si Anuar, Alwi, Nasru, Jaafar, Bob Bakawali, Khairil, Azman, Kamal, dan ramai lagi la........Mcm mana ni Pemuda Bahagian tak jemput yang lain?
MURAH REZEKI
Wah! Nampaknya kempen utk jawatan naib sudah bermula.....Si Nan sudah mula berbelanja Pemuda Putrajaya bermain boling di Alamanda pada hari Jumaat, 16 Mei 2008. Bisik-bisik dari kawan2 yang hadir....."Syukur.......Akhirnya Nan terbuka hati nak belanja pemuda2"......Tapi betul ke Nan yang keluar duit atau ada "Sugar Daddy" yang bayar......Tolong jawab sikit.....
Monday, May 12, 2008
15 CAWANGAN DALAM GENGGAMAN
Benarkah 15 Cawangan sudah dalam genggaman Khairun? Nampaknya pakar strategi dari kem Khairun yang dikepalai oleh si Khairil dan Azman dan turut dibantu oleh balaci-balaci Nasar, Kamal, Bob Bakawali, Zainol telah mencapai sasaran. Kalau benar bagai dikata, sudah pasti Zaki akan berputih mata. Mana pegawai2 zaki yang dikhabarkan golongan professional. Semuanya pemegang Ijazah la, Diploma la.......Apa sudah jadi....Jangan selesa dengan kedudukan sekarang....Nanti hilang jawatan.....
ADA TAK ADA SERUPA AJE
Sudah lama Yop memegang jawatan sbg Ketua Penerangan. Dari masa bekerja di Bernama, lepas tu jadi S/usaha Akhbar Dato' Tg sampai la sekarang, pemuda masih tidak nampak apa sumbangan beliau. Beliau hanya bekerja kuat ketika Pilihanraya baru2 ini. Tetapi sebelum itu, dia dikatakan TIDUR.....Beliau ada ke tak ada ke serupa aje.......Tak tahu la apa yang dia buat.......Si Tom tu adalah jugak walaupun asyik hantar minit lambat......Zaidi pun sama nak mintak duit mcm mintak sedekah.......Tapi diaorang tu masih la berfungsi......Yop tu mulanya hangat2 tahi ayam buat WADAH Pemuda lepas tu berkubur.......Beliau juga dikatakan sombong ketika pegang jawatan S/usaha Akhbar Dato' Tg. Asyik tengking orang......Kalau beginilah pegawai zaki bekerja, REBAH la Zaki.
TOYOTA WISH HONDA STREAM PERDANA V6
Sembang2 di sekitar kedai kopi, si Zaidi, Penolong Bendahari dan si Tom, Penolong Setiausaha telah tukar kereta baru......Zaidi tukar Toyota Wish dan Tom bawa Honda Stream.......Amir konon2 nya pegawai khas Zaki juga telah tukar Perdana V6....Mereka dikatakan telah mendapat imbuhan dari Zaki.......Apa citer ni? Mcm mana dengan penyokong kuat yang lain......
NASAR HEBAT
Nasar telah dipecat/diganti/dibuang dari menjadi AJK Lantikan Pemuda Bahagian. Macam-macam terma boleh guna. Tapi hakikinya, ramai yang kata Dia memang LAYAK digugurkan kerana tidak berfungsi langsung sebagai Timbalan Pengerusi II Biro Ekonomi Pemuda apatah lagi menjalankan amanah sebagai AJK Lantikan dan Ketua Pemuda Cawangan. Dia dikatakan langsung tidak berfungsi. Kalau datang program sekadar datang melawat tidak pernah ada ciri-ciri ringan tulang. Dapat duit pilihanraya (RM1850/-) dari Dato' Tg dan Datuk Zaki pun tak belanja pemuda cawangan. Inikah yang dikata NASAR HEBAT........Perlukah lagi pemuda seperti ini di Putrajaya?....Pemimpin beginilah yang akan jadi kudis kpd Pergerakan Pemuda Bahagian...Akan tetapi masih ada yang simpati dengan beliau krn Zaki dikatakan kejam krn buang Nasar yang telah lompat dari kem Khairun pada tahun 2004.....Zaki kejam atau Nasar sendiri kejam......Difahamkan sudah 2 projek kecil-kecilan zaki membantu beliau krn beliau adalah kontraktor kelas F sepenuh masa, kononnya. Tapi tahi yang beliau palitkan ke muka Zaki...Projek2 tersebut GAGAL kerana beliau telah sub kan projek2 utk dapat "UNTUNG ATAS ANGIN"...........Beliau juga telah isytiharkan di Hotel Equatorial Bangi, lebih kurang begini "Saya amat mengalu-alukan Dato' Khairun untuk bertanding Ketua Pemuda Putrajaya"......Ini adalah kata-kata dari orang yang kecewa.............Anda nilai lah sendiri......Melantik pemimpin adalah amanah agar kelak tidak dipersoalkan di akhirat
Blog atau GoBlog
Dikatakan blog mypemuda yang dikendalikan oleh Sdr Mohd Noh sudah tidak mengancam lagi dek kerana terlalu banyak tapisan untuk ruangan komen.......Anak jantan yang berlagak jantan tapi sudah tak jadi jantan....Adakah beliau masih relevan dalam perjuangan pemuda umno bahagian?Beliau dikatakan pandai kerana kedudukan beliau sebagai Ketua Kerani di Perbadanan Putrajaya. Banyak maklumat yang telah disalur keluar bagi kepentingan pemuda mahupun peribadi.........
KATAK OH KATAK
Pada tahun 2004, beliau adalah pemuda cawangan yang pertama yang mencalonkan Sdr Zaki sebagai Ketua Pemuda walaupun di ketika itu si Khairun dikatakan telah menghilangkan nama Zaki dari senarai pemuda bahagian Putrajaya. Bob Bakawali telah di sanjung tinggi oleh Zaki kerana keberanian beliau. Bob telah di tatang oleh Zaki. Sehinggakan beliau telah di lantik sebagai Pengerusi Biro Sukan Pemuda Bahagian. Suatu jawatan penting yang mana ada sesetengah AJK Pemuda Bhgn lain tidak memegang apa2 jawatan biro pun. Dikhabarkan juga Zaki turut membantu beliau dari segi wang ringgit ketika dihimpit kesulitan. Namun baik yang dibuat oleh Zaki, tuba yang diberikan oleh Bob Bakawali. Beliau dikatakan telah melompat bagai katak kodok ke kem Khairun. Ini beliau sendiri telah isytiharkan di Hotel Equatorial Bangi. Lebih kurang begini bunyi nya "Saya minta maaf Dato' Khairun. Tahun 2004 dulu bukannya saya tak suka pada Dato' cuma saya tidak suka pada si Musa. Zaki pun semenjak jadi Ketua Pemuda dari 2004 sampai sekarang tak bawa apa2 perubahan kepada pemuda. Saya ni dari dulu sampai sekarang masih pakai Proton Iswara Aeroback dan Sdr Nasar juga dari dulu sampai sekarang masih pakai mercedes buruk.". Agaknya diaorang ingat bila dah lantik Zaki jadi ketua boleh la Zaki tolong diaorang cari duit buit beli Toyota Wish, Honda Stream, Perdana V6........Inilah mentaliti kelas bawahan yang menjadi kebanggaan si Khairun.
TUN FAISAL TAMAK???????
Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, Si Tun Faisal cuba bermain tarik tali. Beliau dikatakan amat berminat sebagai kedudukan no 2 di Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Namun sekiranya terdapat sokongan dan desakan, beliau sanggup mencabar kedudukan no.1. Beliau dikatakan masih belum dapat ilham......Cepat2 la dapat ilham agar kelak tidak di "mandi" oleh Pemuda Putrajaya. Awak tu baru nak main politik di Putrajaya.
JAWATAN NAIB KETUA PEMUDA BAHAGIAN JUGA PANAS?
Dikhabarkan juga ramai pemuda bahagian yang ingin menukarkan naib ketua pemuda bahagian putrajaya yang ada sekarang. Kerana di katakan terlalu lembab, kedekut dan tidak berfungsi langsung. Beliau dikatakan tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Bahagian. Kerana rata2 pemuda yang berniaga masih ditampuk lama. Termasuk lah Timb Pengerusi I Biro ekonomi, iaitu si Nasar. Masih menggunakan mercedes buruk warna emas dari tahun 2004 hingga lah sekarang. Beliau tidak langsung membantu pemuda dari segi merebut peluang2 perniagaan seperti pasar ramadhan putrajaya, gerai semasa citrawarna, florafest. Apatah lagi mengadakan program2 berbentuk menambah pengetahuan pemuda tentang perniagaan. Beliau telah dilabelkan sebagai naib yang GAGAL dan WAJIB di ganti. Yang menjadi persoalan adakah orang seperti ini yang ingin di bawa oleh Khairun sebagai pasangan regu beliau untuk bertanding di Putrajaya. Nampak gayanya kecundang la.......
Sunday, May 11, 2008
PENCARIAN PEMIMPIN PEMUDA UMNO PUTRAJAYA BERMULA?
Benarkah Ketua Pemuda Putrajaya akan bertukar pada pemilihan akan datang? Benarkah Khairun akan muncul semula mencabar Zaki?Benarkah calon dari dalam, Tun Faisal juga akan mencabar? Adakah akan ada pertempuran 3 penjuru? Hanya anda yang layak menentukan kedudukan mereka. Gunakanlah kebijaksanaan dalam memilih pemimpin, agar kelak kita tidak dipersoalkan di akhirat.
Selamat Datang
Gunakanlah platform blog ini sebagai wadah alternatif bagi menyampaikan idea, komen, pandangan, pendapat bagi memantapkan pemuda bahagian.
Salam Reformasi!!!!!!!
Salam Reformasi!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)